Pada 15 Oktober 2009, seawal jam 9.00 pagi seluruh warga sekolah berkumpul di Dewan Sekolah bagi menyambut Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009. Sambutan ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Haji Norilham bin Hj. Ahim dan kata alu-aluan ucapan hari raya daripada Guru Besar, Cikgu Hjh. Minah binti Damit.
Sambutan ini diserikan dengan persembahan daripada murid-murid rendah bawah dan rendah atas di bawah bimbingan guru-guru mereka. Setelah itu, Guru Besar menyampaikan duit raya kepada murid-murid dan seterusnya murid-murid bersalam-salaman dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Doa Selamat juga dibacakan bagi memberkati sambutan ini. Sebagai penutup sambutan, semua murid, guru-guru dan kakitangan sekolah bersama-sama menjamu selera berhari raya beramai-ramai di Dewan Sekolah. Kegembiraan nampak terpancar diwajah murid-murid menandakan keceriaan kerana dapat beraya beramai-ramai.

0 comments:
Post a Comment