BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 16, 2014

we are moving to a new blog address

We are moving to a new blog. Check us out at 

srkatimahar.wordpress.com


See you there. Thank you.

Monday, January 09, 2012

WELCOME BACK TO SCHOOL & HAPPY NEW YEAR 2012

Welcome back to School & Wish u Happy New Year 2012

Saturday, November 26, 2011

KEPUTUSAN PSR 2011


Alhamdulillah, keputusan PSR 2011 telah dikeluarkan dengan pencapaian 87.1 % lulus. Dua orang murid telah mendapat 5A daripada 31 orang yang telah menduduki peperiksaan tersebut.

Majlis Apresiasi & Mini-Konvo 2011

Pada hari Khamis, 24 November 2011M / 28 Zulhijjah 1432H Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof, Katimahar telah mengadakan Majlis Apresiasi & Mini-Konvo di Dewan Mahar.
Majlis ini dihadiri oleh Ibu bapa / penjaga dari Prasekolah hingga Tahun 6. Aturcara majlis termasuk penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 merujuk kepada Keputusan Penilaian Pelajar Akhir Tahun 2011.
Pemenang aktiviti membaca (SNOP Reading & PBB) menunjukkan peningkatan dalam pembacaan mereka juga menerima hadiah masing-masing termasuk pemenang aktiviti "Mental Computation Test". Persembahan Fonik, "Puppet show" dan Nasyid juga memeriahkan suasana. Selain itu ucapan penghargaan kepada guru-guru daripada Siti Khadijah binti Saiful Rizal murid Tahun 6 sangat menyentuh perasaan. Akhirnya majlis ini diserikan lagi dengan menabur Bunga Rampai kepada murid-murid Prasekolah dan Tahun 6.

Tuesday, August 23, 2011

Ceramah Alat Pemadam Api

Pada bulan April yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Sekolah Rendah AHMY Katimahar. Salah satu program yang telah dilakukan ialah menjemput pihak yang berkenaan untuk menyampaikan ceramah mengenai dengan alat pemadam api.

Penceramah-penceramah yang datang untuk menerangkan mengenai dengan alat pemadam api yang baru.


Melalui ceramah yang disampaikan, alat pemadam api ini ialah yang terbaru dan berteknologi baru, serta disifatkan sebagai alat pemadam api abad ke-21. Ini adalah untuk menggantikan alat pemadam api yang konvensional pada masa ini. Alat pemadam api ini ialah salah satu 'green product' dimana ia amat sesuai untuk digunakan tanpa mengganggu kesemulajadian alam sekitar. Alat pemadam api yang terbaru ini juga selamat digunakan tanpa memberikan sebarang kesan sampingan. Alat pemadam api ini jua bebas rawatan (tidak memerlukan 'maintenance') dan adalah 'electronic or electrical equipment-friendly'. Alat pemadam api ini juga sangat mudah digunakan dan mempunyai jangka hayat selama sepuluh tahun. Ianya juga dijual dengan harga yang berpatutan tetapi mempunyai kualiti yang tinggi.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah-penceramah produk alat pemadam api abad ke-21. Alat ini memang innovatif dan kreatif serta dapat mengatasi kelemahan pada alat pemadam api yang ada pada masa ini.


Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid-Murid Sekolah Rendah AHMY Katimahar, Brunei IV

Pada bulan Mac yang lalu, majlis menandatangani rekod kemajuan murid-murid Sekolah Rendah AHMY Katimahar telah pun diadakan. Majlis itu telah dihadiri oleh penjaga-penjaga dan ibubapa murid-murid yang ingin mengetahui prestasi awal anak-anak mereka. Menandatangani rekod kemajuan diadakan di dalam Dewan Mahar, Sekolah Rendah AHMY Katimahar, Brunei IV.

Ibubapa yang sedang menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka.



Sebahagian dari ibubapa dan penjaga yang menunggu giliran mereka untuk menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka.


Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan sebaik yang dapat dijayakan oleh pihak sekolah dan kakitangan serta guru-guru sekalian. Di akhir majlis tersebut, guru-guru sama-sama menikmati jamuan yang disediakan.


=)


Tuesday, July 12, 2011

Majlis Apresiasi Semester Pertama 2011

Pada hari Isnin 11 Julai 2011, Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar telah mengadakan Majlis Apresiasi Semester Pertama 2011 dan diselajurkan dengan Penghargaan Program Bacaan Pelajar. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang telah diketuai oleh Ketua Guru Ugama, Ustaz Ramlan Bin Hj Jais.



Majlis diteruskan dengan Ucapan dari Pengerusi Majlis Cikgu Dk Najeebah Bte Pg Hj Jambol dan ucapan dari Penasihat Majlis, Guru Besar Cikgu Noorleha Bte Hj Tamit. Selesai ucapan Pengerusi dan Penasihat Majlis, acara diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Bagi Murid-murid Rendah Bawah yang telah disampikan oleh Ketua Kampong Kulapis Hj Timor Bin Limbang manakala Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Murid-murid Rendah Atas telah disampikan oleh Ketua Kampong Lugu Awg Hj Safar bin Hj Abd Rahim.


Acara diselang oleh Persembahan Nyayian oleh Murid-Murid Pra Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Jordhan Barley dan Cikgu Nurafi'fah.


Setelah persembahan dari Pra sekolah telah selesai acara diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah kepada Murid-Murid bagi Program Bacaan iaitu PBB dan SNOP reading yang telah disampikan oleh Guru Besar Cikgu Noorleha Binti Hj Tamit.


Dan setelah acara didalam dewan selesai acara diteruskan dengan mendatangani rekod kemajuan.


Friday, February 04, 2011

Happy Chinese New Year 2011


Wishing All the chinese Teacher's in BRUNEI a
Happy 'Gong Xi Fa Chai'.


From us Staffs and Pupils of
Sekolah Rendah Awg Haji Mohd Yusof, Katimahar Brunei IV