BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 23, 2010

Mini Konvokesyen Murid-Murid PSR Tahun 6 (2010)

MAJLIS MINI KONVOKESYEN MURID-MURID PSR TAHUN 6 (2010)

Pada 22 November 2010 yang lalu, Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar, Brunei IV telah mengada Mini Konvokesyen bagi murid-murid Tahun 6 (2010) buat julung-julung kalinya. Mini Konvokesyen ini telah berlangsung di dalam dewan Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar, Brunei IV.

Tetamu kehormat yang telah diundang ialah Yang Mulia Pengiran Haji Hamdan bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Penolong Ketua Pegawai Rendah, Bahagian Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah. Dalam kemeriahan sambutan Mini Konvokesyen kali pertama bagi sekolah rendah ini, penjaga-penjaga murid juga telah dijemput hadir untuk meraikan anak-anak mereka yang telah berjaya mengakhiri zaman pendidikan rendah mereka dengan keputusan yang menggembirakan, dan tidak lupa juga guru-guru besar dari sekolah-sekolah rendah Brunei IV telah turut sama dijemput hadir untuk menyemarakkan lagi majlis Mini Konvokesyen tersebut.













Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Ustaz Ramlan bin Haji Mohd Jais. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar, Cikgu Noorleha bte Haji Tamit. Selanjutnya, tetamu kehormat telah dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam majlis berkenaan.



Salah seorang dari murid PSR Tahun 6 (2010) yang diraikan telah dipilih, iaitu Muhammad Syafi'ie bin Su'eif, untuk menjadi wakil bagi memberikan sedikit ucapan. Seterusnya acara mendeklimasikan sajak yang telah dideklimasikan oleh Dayang Nurul Fatin Farahiyah dan Dayang Jamilin Syasya, dua orang dari pelajar PSR Tahun 6 (2010).



Penyampaian sijil kepada murid-murid Tahun 6 (2010) serta penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang Tahun 6 (2010) telah disempurnakan dengan lancar oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Pengiran Haji Hamdan bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Setelah selesai penyempurnaan pembahagian sijil-sijil dan hadiah-hadiah, acara berzikir dan menabur bunga rampai oleh yang mulia tetamu kehormat, diikuti oleh guru besar sekolah ini, guru-guru besar sekolah-sekolah rendah Brunei IV dan ibubapa murid. Setelah keseluruhan acara selesai, penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat telah dilangsungkan dan berikutnya para jemputan dijemput untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.


Dalam seramai 35 orang murid yang diraikan, 3 orang dari mereka telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang, iaitu dengan memperolehi 5 'A' dalam peperiksaan PSR tahun ini. Murid-murid tersebut ialah Dayang Nurul Fatin Farahiyah binti Muhammad Amizulkarday, Dayang Jamilin Syasya binti Jamil dan seorang murid lelaki yang telah mengejutkan sebahagian dari guru-guru sekolah rendah ini dengan pencapaiannya yang sangat cemerlang, iaitu Muhd Syafi'ie bin Su'eif.


Guru-guru PSR Tahun 6 (2010) yang telah berjaya mendidik murid-murid ini juga telah diberikan penghargaan diatas usaha mereka untuk melahirkan murid-murid yang mampu untuk berusaha dengan gigih sehingga memperolehi keputusan yang sangat menggembirakan semua pihak, dan sekaligus menempatkan Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar ditempat kedua dalam senarai keseluruhan sekolah-sekolah rendah zon Brunei IV. Ini salah satu pencapaian yang sangat baik untuk memberikan inspirasi kepada perkembangan akademik sekolah rendah ini pada masa akan datang.

Dengan kelancaran perjalanan majlis tersebut, pihak sekolah tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Mini Konvokesyen Murid-Murid Tahun 6 (2010) Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar, Brunei IV kerana telah berjaya menjadikan Mini Konvokesyen kali pertama ini satu majlis yang merupakan appresiasi kepada murid-murid Tahun 6 (2010) dan sekaligus melahirkan rasa bangga di dalam diri penjaga-penjaga mereka serta pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah juga tidak lupa melahirkan ucapan terima kasih kepada Media Permata dan Restoran Soto Rindu diatas kerjasama yang telah diberikan.

0 comments: