Pada hari Isnin 11 Julai 2011, Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar telah mengadakan Majlis Apresiasi Semester Pertama 2011 dan diselajurkan dengan Penghargaan Program Bacaan Pelajar. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang telah diketuai oleh Ketua Guru Ugama, Ustaz Ramlan Bin Hj Jais.
Majlis diteruskan dengan Ucapan dari Pengerusi Majlis Cikgu Dk Najeebah Bte Pg Hj Jambol dan ucapan dari Penasihat Majlis, Guru Besar Cikgu Noorleha Bte Hj Tamit. Selesai ucapan Pengerusi dan Penasihat Majlis, acara diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Bagi Murid-murid Rendah Bawah yang telah disampikan oleh Ketua Kampong Kulapis Hj Timor Bin Limbang manakala Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Murid-murid Rendah Atas telah disampikan oleh Ketua Kampong Lugu Awg Hj Safar bin Hj Abd Rahim.

Acara diselang oleh Persembahan Nyayian oleh Murid-Murid Pra Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Jordhan Barley dan Cikgu Nurafi'fah.

Setelah persembahan dari Pra sekolah telah selesai acara diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah kepada Murid-Murid bagi Program Bacaan iaitu PBB dan SNOP reading yang telah disampikan oleh Guru Besar Cikgu Noorleha Binti Hj Tamit.

Dan setelah acara didalam dewan selesai acara diteruskan dengan mendatangani rekod kemajuan.

0 comments:
Post a Comment