BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts

Friday, October 02, 2009

SEMBAHYANG HAJAT BERJEMAAH BAGI CALON-CALON PSR TAHUN 2009

Pada hari Khamis 1 Oktober 2009, guru-guru berserta murid-murid dan ibubapa calon PSR mengadakan Sembahyang Hajat berjemaah bertempat di Dewan SR. AHMY Katimahar. Sembahyang hajat ini bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari dan diimamkan oleh Ustaz Hj. Norilham bin Hj. Ahim. Murid-murid Tahun 5 juga turut sama meramaikan lagi jemaah Sembahyang Hajat ini. Semoga dengan usaha yang padu setakat ini calon-calon PSR tahun ini dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin....






Guru-guru dan ibubapa yang mengikuti Sembahyang Hajat PSR 2009













Guru-guru dan ibu murid-murid yang ikut sembahyang berjemaah.










Calon-calon lelaki PSR 2009










Calon-calon perempuan PSR

Friday, September 11, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

Pada pagi 10 September 2009, seramai 28 orang guru dan kakitangan telah mengikuti Khatam Al-Quran bagi sekolah ini. Majlis ini telah disambut dan diraikan bersama murid-murid. Acara dimulakan pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dan kakitangan kerana bekerjasama bagi menjayakan majlis ini. Semoga acara ini diberkati dan dapat diteruskan ditahun akan datang. Amin...

Thursday, September 10, 2009

PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6



Pada 9 September 2009, guru-guru mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai pancapaian calon-calon PSR setakat ini dan seterusnya menandatangani slip-slip keputusan ujian-ujian penilaian dan peperiksaan yang telah dijalankan.


Diantara ibubapa / penjaga murid-murid Tahun 6 yang hadir


Guru Besar, Cikgu Hjh. Minah binti Damit memberikan kata-kata aluan
dan sedikit sebanyak nasihat kepada ibu bapa / penjaga murid-murid.



Cikgu Hjh. Zarinah memberi penerangan mengenai keputusan-keputusan ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan setakat ini.



Salah seorang ibu murid yang hadir bagi mendengar penerangan mengenai pencapaian murid-murid dan seterusnya menandatangani rekod dan slip-slip keputusan.