Pada bulan April yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Sekolah Rendah AHMY Katimahar. Salah satu program yang telah dilakukan ialah menjemput pihak yang berkenaan untuk menyampaikan ceramah mengenai dengan alat pemadam api.
Penceramah-penceramah yang datang untuk menerangkan mengenai dengan alat pemadam api yang baru.
Melalui ceramah yang disampaikan, alat pemadam api ini ialah yang terbaru dan berteknologi baru, serta disifatkan sebagai alat pemadam api abad ke-21. Ini adalah untuk menggantikan alat pemadam api yang konvensional pada masa ini. Alat pemadam api ini ialah salah satu 'green product' dimana ia amat sesuai untuk digunakan tanpa mengganggu kesemulajadian alam sekitar. Alat pemadam api yang terbaru ini juga selamat digunakan tanpa memberikan sebarang kesan sampingan. Alat pemadam api ini jua bebas rawatan (tidak memerlukan 'maintenance') dan adalah 'electronic or electrical equipment-friendly'. Alat pemadam api ini juga sangat mudah digunakan dan mempunyai jangka hayat selama sepuluh tahun. Ianya juga dijual dengan harga yang berpatutan tetapi mempunyai kualiti yang tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah-penceramah produk alat pemadam api abad ke-21. Alat ini memang innovatif dan kreatif serta dapat mengatasi kelemahan pada alat pemadam api yang ada pada masa ini.
0 comments:
Post a Comment