BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 26, 2011

Majlis Apresiasi & Mini-Konvo 2011

Pada hari Khamis, 24 November 2011M / 28 Zulhijjah 1432H Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof, Katimahar telah mengadakan Majlis Apresiasi & Mini-Konvo di Dewan Mahar.
Majlis ini dihadiri oleh Ibu bapa / penjaga dari Prasekolah hingga Tahun 6. Aturcara majlis termasuk penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 merujuk kepada Keputusan Penilaian Pelajar Akhir Tahun 2011.
Pemenang aktiviti membaca (SNOP Reading & PBB) menunjukkan peningkatan dalam pembacaan mereka juga menerima hadiah masing-masing termasuk pemenang aktiviti "Mental Computation Test". Persembahan Fonik, "Puppet show" dan Nasyid juga memeriahkan suasana. Selain itu ucapan penghargaan kepada guru-guru daripada Siti Khadijah binti Saiful Rizal murid Tahun 6 sangat menyentuh perasaan. Akhirnya majlis ini diserikan lagi dengan menabur Bunga Rampai kepada murid-murid Prasekolah dan Tahun 6.

0 comments: